News & articles

Read about events & blogs from Taekwondo Malaysia

KENYATAAN MEDIA MENTERI KBS INISIATIF PRIHATIN SUKAN 2020

 

 

KENYATAAN MEDIA

MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

 

INISIATIF PRIHATIN SUKAN 2020 UNTUK BADAN-BADAN SUKAN

 

Berikutan penularan wabak COVID-19, hampir keseluruhan sektor menerima impak ekonomi dan kewangan termasuklah dalam kalangan penggiat sukan tanah air.

 

Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil langkah proaktif bagi membantu penggiat sukan di Malaysia terutamanya para pemegang taruh dalam kalangan persatuan-persatuan sukan tanah air yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS). Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi inisiatif ini merangkumi:

 

BIL

BUTIRAN

PERUNTUKAN (RM)

1.

Bantuan pengurusan kepada persatuan sukan

kebangsaan sahaja yang berdaftar di bawah PJS

RM2 juta

2.

Bantuan menjalankan program dan aktiviti bagi persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat (terbuka kepada semua persatuan sukan yang

berdaftar di bawah PJS)

 

 

RM5 juta

3.

Bantuan program pendigitalan dan R&D persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat (terbuka kepada semua persatuan sukan yang

berdaftar di bawah PJS)

RM3 juta

JUMLAH BESAR

RM10 juta

 

Bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan yang berkelayakan akan diberikan bantuan “one-off” RM5,000.00 hingga RM10,000.00 dan dijangka memberikan manfaat kepada hampir 200 persatuan-persatuan sukan kebangsaan di seluruh negara.

 

Bantuan menjalankan program dan aktiviti bagi persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat adalah terbuka kepada semua persatuan sukan yang berdaftar di bawah PJS bagi menggalakkan program dan aktiviti semasa dan pasca PKPB umpamanya seperti program cabaran virtual, pembelajaran dalam talian, dsb, terhad kepada jumlah maksima RM20,000.00 setiap persatuan yang layak.

 

Bantuan program pendigitalan dan R&D persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat adalah juga terbuka kepada semua persatuan sukan yang berdaftar di bawah PJS bagi menggalakan projek-projek pendigitalan seperti pembangunan laman web/ media sosial, kandungan media digital seperti video, dsb. Persatuan-persatuan sukan juga boleh mencadangkan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk inovasi, teknologi sukan atau untuk tujuan pengkomersilan produk/ perkhidmatan sukan masing-masing, termasuk dengan kerjasama universiti, agensi berkaitan dan pihak swasta. Jumlah maksima yang boleh dipohon adalah RM30,000.00 setiap persatuan yang layak untuk kategori program pendigitalan atau R&D.

 

Permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Khas. Program dan aktiviti yang diluluskan perlu dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Permohonan adalah dibuka dan boleh dibuat dalam talian melalui pautan laman web rasmi KBS: http://www.kbs.gov.my/inisiatif- prihatinsukan2020.html

Maklumat lanjut seperti tatacara permohonan dan soalan lazim ‘Inisiatif Prihatin Sukan 2020’ juga boleh dimuat turun melalui pautan yang sama. Tarikh akhir permohonan adalah sehingga Jumaat, 17 Julai 2020 dan program perlu selesai dilaksanakan dalam tahun ini juga.

 

Untuk sebarang pertanyaan, pegawai-pegawai berikut boleh dihubungi:

 

 

Encik Fadzil Hadri Mohd Nawawi |03-88713246 | fadzilhadri@kbs.gov.my Encik Ahmad Faizal Zainuddin | 03-88713166 | ahmadfaizal@kbs.gov.my Puan Yusniza Mohamad Yusof | 03-88713268 | yusniza@kbs.gov.my

 

KBS berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan impak ekonomi dan kewangan penggiat sukan tanah air terutamanya persatuan-persatuan sukan yang terkesan berikutan penularan wabak COVID-19. Selain itu, ia juga bertujuan memastikan persatuan-persatuan sukan akan terus berdaya saing menerusi inisiatif pengupayaan melalui bantuan dana menjalankan program dan aktiviti norma baharu semasa dan pasca PKPB serta inisiatif pendigitalan dan R&D persatuan-persatuan sukan.

 

 

 

DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

 

17 Jun 2020

Leave a Reply